Cara Mendaftar Website & Klik Dengan Bijak

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Kali ini Pusat Internet memberi latihan ICT kepada pelajar SMK Dato Ibrahim Yaacob berkenaan mendaftar laman web bagi tujuan penulisan, bisnes, perkongsian maklumat dan sebagainya. Apa yang penting setiap peserta haruslah mempunyai akaun email yang sah sebelum mendaftarkan diri.

Langkah demi langkah diajar kepada peserta sehinggalah akaun laman web siap dicipta. Peserta diarahkan untuk mengeksplorasi setiap fungsi dalam laman seterusnya mencuba untuk hasilkan post laman web yang pertama. Sesiapa yang kurang mahir akan diberi tumpuan ekstra sehinggalah berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.
Selain itu, advokasi klik dengan bijak turut diberi penerangan kepada mereka yang hadir sesuai dengan aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali